Walaupun dah bertahun peristiwa anak-anaknya derita sebab ditolak mentah-mentah, dia tetap bersyukur anaknya menemui kebahagiaan, tapi malangnya keluarga sahabatnya tak bahagia, anak semuanya pergi ke kuala lumpur.
Pak dollah tu sangat kenal kawan baiknya mau tidaknya mereka membesar bersama, kenal sanagt akan budi bahasa dan pemikiran kawan baiknya tu, tegas, keras kepala dan selalu angap dirinya betul dek kerana sahabat dia setia disisi pak mansor.
"Apa yang ditenungnya tu pak dollah oiii..." opah hasmah vauge gitu bersuara.
"Aku ni kesian dengan si wan tu, rindu bebenor dengan anak-anak dia, di mansor tu pun tak nak mengalah, keras kepalanya." pak dollah memandang hampa ke arah rumah milik pak mansor.
"Memang dia keras kepalakan pak dollah, satu kampung kenal dia tu, dimansor kepala batu, kita kenal diakan..." ujar opah hasmah
"Menyesal pula aku dulu sebab aku degil nak anak-anak dia jadi menantu aku bila di tolak anak-anak dia lari bawa diri. Si wan juga yang derita merindui anak-anaknya." rasa bersalah tu bersarang dalam hati dia.
"Menyesal pun tak ada gunannya pak eiii... benda dah berlaku, kan elok dulu bapak eiii dengar cakap mah, tak ada hal ni nak berlaku, mah dah cakap dulu anak-anak wan jun tu rapat dengan anak kita tak bererti dia benar-benar mereka suka kan anak kita." opah hasmah tersenyum
Betul kata opah tu dulu dia yang beria menghalang sebab dia kenal isi hati anak-anak wan jun, tapi pak mansor dengan pak dollah begitu degil nak juga satukan anak mereka berdua. Malangnya semuanya tak jadi.
"Sudahlah pak dollah, mah dengar hari ni semua anak-anak mansor dengan wan jun nak balik dah macam berjanji pula mereka dengan anak-anak kita..." sambung opah hasmah.
Pak dollah mengangguk memikirkan kesalahannya. Tapi jangan korang tak tahu nanti hubungan kekeluargaan yang pak mansor dengan pak dollah nak jalinkan akan terjalin juga tapi melalui cucu mereka. Tunggu dan lihat.
Akhirnya mereka semua sampai, meriah betul keluarga pak dollah,
No comments:
Post a Comment