BAB 1...
Suasana di kampung nelayan dikedah mendamaikan, pada awal subuh lagi si nelayan sudah turun ke laut dan naik tengah hari barulah mereka naik ke darat. Begitu juga rutin harian pak Mansor dan pak Dollah.
Tapi hari ini mereka tidak ke laut atas alasan malas. Nek wan Jun dan opah hasmah pun pelik dengan kelakuan suami mereka. Masing masing mencuka dirumah. Apa masalahnya pun tak tahu.
"Apa kena dengan abang hari ini, tak ke laut ke?" soal nek wan jun.
"Semalam tangkapan tak menjadi jun, abang letih sangat, awak ada terima panggilan dari Adam tak, dia kata nak datang hari ini dengan Nabila, cucu awak pun ada juga." ujar Pak Dollah.
"Ada sekejab lagi sampailah tu..." balasnya sambil tersenyum
Sudah lama anak keduanya itu tidak menjejakkan kaki ke kediamannya. sekian lamanya dia membawa diri ke kuala lumpur dan selepas itu anaknya hilang tanpa berita dan setelah dua tahun menyepi anaknya pulang membawa calon isteri.
Baik betul calon menantunya walaupun sudah hampir tiga tahun anak keduannya tak balik menantunya masih ada menghubungi mereka untuk bertanyakan khabar berita cuma hati keras suaminya membuatkan perasaan menantunya hambar untuk bercakap lama ditelefon.
"Aku paling pantang nak tengok menantu awak yang semua tu, semuannya tak menepati cita rasa aku sebagai menantu." ujar Tok dollah
Betapa kerasnya hati dia, sebenarnya pak dollah ni dah ada calon menantu pilihan tapi anak-anaknya menolak empat lelaki dan seorang perempuan tapi semuanya sama, dek ketegasannya itulah membuatkan semua anaknya lari ke kuala lumpur.
"Sudahlah pak dollah oii... awak tu dah tua bak kata pepatah yang tak boleh patah rumah kata pergi kubur kata mari. Awak tu buat lah cara dah tua, kalau awak sakit nanti siapa nak jaga?" perli nek wan...
Pak dollah segera berpaling melihat isterinya. 'kalau tak perli aku sehari tak sah, suka sangat dengan menantu dia tu.'
"Memang saya sayang pun dan memang saya suka pun, semua menantu kita baik-baik cuba awak lihat si nadia, si hartina, si hafifi, si nabila dan si luqman tu setiap hujung minggu mereka juga yang telefon kita bertanyakan khabar berita ni rumah awak yang mewah ni hasil duit yang dia orang bagi dekat kita setiap bulan sebagai duit belanja kita." sambung nek wan.
"Ada aku suruh kau terima duit dari dia orang, kau tengok tu anak-anak si dollah, semuanya akur cakap dia semuanya balik rumah. tu semuanya ada dekat rumah cucu dia balik kau tau tak meriah betul keluarga dia." ujar pak mansor
"Kalau macam tu awak telefon lah anak-anak awak semua suruh bawa balik semua cucu kita, lepas tu awak layan lah dia dengan baik, jangan buat ego." kata nek wan perli sambil berlalu
No comments:
Post a Comment